Cart 0
Khayalan atau Realiti (PNG).png

Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Khayalan atau Realiti?

RM 40.00

Buku ini membahaskan isu, masalah, cabaran dan realiti pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Pelaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh tetapi mengikut kerangka Perlembagaan bukanlah satu khayalan. Ia memerlu perancangan rapi dengan merujuk kepada kehendak Maqasid al-Shariah, Fiqh Keutamaan serta tuntutan Siyasah Syari'yyah, jauh sekali laungan retorik. Undang-undang Islam yang pernah menjadi undang-undang utama negara suatu masa dahulu perlu kepada pembaharuan supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman. Transformasi undang-undang Islam serta peningkatan taraf Mahkamah Syariah supaya ia setaraf dengan undang-undang sivil dan Mahkamah Sivil hendaklah menjadi agenda penting bagi melihat undang-undang Islam yang menyeluruh dapat direalisasikan. Sama dengan Mahkamah Sivil, kewujudan Mahkamah Syariah adalah untuk memberi keadilan kepada pihak yang terlibat. Meskipun begitu, konflik dan pertembungan antara kedua-dua undang-undang tersebut. Realitinya, undang-undang Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia dengan syarat semua orang Islam mesti mendokong usaha ke arah pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perancangan yang teliti dan rapi dengan mengambilkira kedudukan masyarakat, kerangka Perlembagaan dan hukum Syarak dalam usaha menggubal undang-undang Islam di Malaysia.

NOTICE

For other inquiries, please contact (call or Whatsapp) Mr Muhaimin at 013 566 9412.