
Mahkamah Syariah di Malaysia: Menelusuri Cabaran Melestari Hadapan
Melihat kepada sejarrah negara Malaysia, perlaksanaan undang-undang Islam bukan satu perkara asing. Ia telah sekian lama diamalkan di negara ini. Apabila penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu, undang-undang Islam mula diketepikan dari radar utama perundangan dan diganti dengan undang-undang Inggeris. Penjajah Inggeris bukan hanya meninggalkan skop yang kecil bagi undang-undang Islam yang secara relatifnya hanya meliputi hal ehwal apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dwi sistem perundangan ini kekal. Bidang kuasa undang-undang Islam yang terhad dan rendah (inferior), kecuali dalam perbankan, kewangan Islam dan takaful serta probet dianugerahkan kepada mahkamah tinggi (superior). Walhal, sepatutnya kedua-dua mahkamah ini berjalan sering mengikut bidang kuasa yang diberi. Tuntutan kepada perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh keatas orang Islam serta seruan memperkasa institusi dan bidang kuasa berkaitan dengan Mahkamah Syariah sering diperkatakan. Buku ini mengupas perbahasan mengenai isu-isu berkaitan dengan Mahkamah Syariah dari aspek pengukuhan kredibiliti, bidang kuasa, konflik bidang kuasa antara mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, hak asasi manusia, kesalahan jenayah Syariah, kepeguaman Syarie, kekeluargaan, ketenangan, kehartaan yang diperolahi semasa dan selepas peceraian atau kematian yang dilaksanakan di Malaysia. Mesipun begitu, perlunya pendekatan harmonisasi undnag-undang sivil dan syarak dan melihat keutamaan kepada perlaksanaan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.
NOTICE
For other inquiries, please contact (call or Whatsapp) Mr Muhaimin at 013 566 9412.